Monday, April 25, 2011

MAKAN-MAKAN DI JOHOR BAHRU!!

Salam mesra!!

Apa kabar semua?  Aku harap dan doakan agar korang semua sihat walafiat dan berada di dalam keadaan yang sejahtera hendaknya.  Korang mesti heran kan naper aku tetiba bagi intro lain macam sikit kat entry aku kali nih..  Baru kejap tadi aku dikhabarkan anak kawan aku masa sekolah dulu disahkan lukemia.  Kesian sesangat kepada seorang anak-anak kecil yang terpaksa bertarung nyawa menentang penyakit yang tak sepatutnya berada di dalam badannya..  Aku doakan agar Iman kembali sihat seperti sediakala dan memberikan harapan dan keceriaan kepada kedua ibubapanya.. Amin.

Orait, kali ni aku nak share ngn korang pasal tempat makan best-best semasa aku meeting kat JOHOR BAHRU bulan lepas.  Untuk pengetahuan korang sumer, aku ni suka sangat makan-makan kat JB.  Malah bukan aku sorang sajer, kengkawan-kengkawan aku pun suka sama.  Mungkin takdir kot kitorang ditempatkan tempat belajar di Johor so ada masa la nak ronda-ronda n jenjalan tour JB sambil carik tempat menketedarah..  Masa study dulu asal weekend jer mesti turun JB carik tempat makan walaupun JB ngn tempat aku belajar tu dulu agak jauh..  Mesti korang tertanya-tanya ek aku dulu study kat mana kan??? Korang berteka-teki ler sendiri n cuba-cubalah carik jawapan.. Mana tau kalau jawapan korang betol bleh gak aku belanje korang makan.. Well, buat masa ni aku taknak bagitau pasal aku rasa macam malu..hahaha..

First tempat yang aku tuju sesampai jer aku kat bandaraya Johor Bahru adalah RESTORAN ZZ
Restoran nie terletak kat Jalan Mahmoodiah berhampiran dengan Hospital.  Restoran ni agak unik coz terletak di bawak-bawah pokok.  Tempat makan pun di wakaf-wakaf yang terdapat di sekitar kawan restoran ni.  Restoran ni jugak terkenal dengan nama restoran bawah pokok..  Menu yang terkenal kat sini adalah Mi Rebus Tulang.  Selain dari mi rebus, restoran ni ada menjual pelbagai-bagai lagi menu yang best-best.



Mi rebus ni memang sedap dan terbaik..  Kuahnya yang pekat mekat serta isi dagingnya yang empuk dan lembut membuatkan kita akan menjilat jari jemari kita apabila kita selesai makan..haha.  Korang nak tau kenapa sampai jilat jari??  Pasal masa ko nak sedut tepuan lemak kat dalam tulang tu, korang kena pegang tulang besar tuh then masukkan straw dan sedut sekuat hati... slurrppp!!  Memang terbaik wook...  Kolesterol!!!

Then lepas makan tengahari kat Restoran ZZ.. Aku ngn kengkawan ke sebuah tempat yang terletak di Pantai Lido.  Nama tempat makan yang kitorang nak pergi ni ialah TEPIAN TEBRAU.   Tempat ni terletak di Pantai Lido (tapi takde la tepi pantai sesangat) dan berhampiran dengan Dataran Jam JB dan Hotel Thistle.  Kalau nak makan kat sini malam-malam baru best n happening..  Kat sini konsepnya macam gerai-gerai makan.  So pilihan makanan tersangatlah banyak, u all pilihlah sendiri nak makan apa order then dapat.

 
Untuk pengetahuan korang kalau aku n the gengs makan-makan kat sini menu utama yang selalu n wajib diorder adalah BABY CRAB!!  Baby crab ni ialah anak-anak ketam digoreng tepung dan dimakan rangup-rangup.  Memang best!!  Kalau korang tak percaya korang cubalah..  Selain daripada baby crab, aku suka order ICE JELLY dimana air batu dikisar macam nak buat ABC tu the ditambah dengan segala macam jelly, fruits cocktail dan buah-buahan.  Pun best gak..




:: JELLY KELAPA LAUT ::
   

:: ICE JELLY ::
 

:: AIR KELAPA FRESH ::



:: TAUHU BAKAR ::

 Di bawah ni adalah gambar baby crab yang aku bagitau tuh.. Nampak sedap, menarik tertarik kau memang dabom tak???hehe..


:: SEBELUM ::
  
:: SELEPAS ::
 Ini pulak menu lain yang kitorang order kat situ... Menarik jugak kan??


:: SIPUT SEDUT SOS TIRAM ::
 

:: KUPANG SOS TIRAM ::




Then malam berikutnya pulak kitorang bercadang nak mencari DURIAN GORENG pulak..  Hasil pertanyaan orang ramai dan survey yang dibuat akhirnya kitorang putuskan untuk ke ODEEN CORNER yang terletak di area Larkin.  Bagi aku durian goreng yang diorang offer tu biasa-biasa jer.  Mungkin pasal aku ni bukan peminat durian tu pasal aku rasa macam biasa jer kot...  So korang cubalah sendiri then buat keputusan camner..

 
Lepas makan Durian Goreng, kitorang ke HUTAN BANDAR pulak.  Kat sana kitorang bercadang nak pekena western food.  Kat sini memang terkenal dengan CHICKEN CHOP 5 HENGGET..  Murah kan??  Tapi azab sikit laa pasal ko nak makan murah-murah so ko kenalah tunggu, tunggu dan terus setia menunggu.  Nak lagik best korang bawak makanan yang korang tapau kat tempat lain then makan kat gerai tuh sambil menunggu.  Takde lah sakit hati sangat terlambai-lambai waiter tu suruh amik order atau nak tanya menu yang korang order tu dah siap ke belom.  Buat pengetahuan korang, mereka yang makan kat sini memang ramai walaupun pada hari-hari biasa especially warga Singapura.  Selain daripada Chicken Chop, diorang ada jugak jual menu lain seperti OBLONG BURGER, LAMB CHOP dan sebagainya. 
Sebagai compliment dengan menu western aku tuh, aku pun order BANDUNG SODA yang sedap nak mampos..  kat Johor ni kalau tak pekena air ni memang tak sah.  Bila minum air ni tetiba teringat aku masa study dulu kitorang ramai-ramai buat makan-makan kat rumah sewa kami.  Antara menu yang kitorang sediakan masa buat makan-makan tu ialah air bandung soda ni laa. 

Tang air tu takde la ingat mana sangat tapi tang cara kitorang bancuh air tuh dalam BALDI yang kitorang guna buat basuh baju, rendam kain dan sebagainya.  Itu antara perkara paling best yang membuatkan kami akan gelak balik bila mengenangkan zaman hingusan dulu...hahaha. 
Sedap tau air BANDUNG SODA bancuh dalam baldi.  Kalau tak percaya cuba korang buat sendiri..  Tapi, jangan guna baldi baru beli tau!!hahaha...
 
:: Inilah dia CHICKEN CHOP 5 hengget tuh!! ::



:: OBLONG SET ::
 
Sambung lagik...hahaha.  Memang tak puas nak makan kat JB nie tau.  Masa 2 minggu aku kat sana memang tak cukup untuk explore tempat-tempat makan yang best-best kat sana.  Dapat pulak geng-geng aku sumer kaki makan.  Pantang diajak atau diajukan cadangan, pasti semua SETUJU tanpa bantahan punya.  Tambahan pulak kebanyakan tempat-tempat makan ni ada yang selalu kitorang pergi masa study dulu..  So kira nostalgia laa kalau pergi lagik..hiu

Kali ni aku pergi mengudap-kudap kat tempat makan area Kampung Melayu Majidee pulak..  kat sini memang terkenal dengan ABC ais krimnya..  Memang best lah.  Aku tak nak la citer lebih-lebih so kalau korang ada masa silalah datang dan cuba.  Harga pun reasonable..



::  Inilah mi bandung itu..  Perghh!!  ::
Masa aku dok pekena ABC ais krim tuh aku pun sempat sambar MI BANDUNG nih..  Mesti korang pelik kan n bayangkan perut aku besar mana??  hahaha...  Jangan risau, semua yang aku makan tu aku tak muntahkan balik macam kengkawan aku yang lain tu buat especially Leen n Hazreel...   Aku simpan baik-baik dalam badan aku untuk dijadikan lemak tepu...haha. 




Tapi yang aku pelik sikit masa aku pergi Bandung, Indonesia arituh, aku pun mintaklah mi bandung, terus diorang pelik!!  Diorang kat kat sana takde mi bandung..  So asal usul mi bandung ni dari mana ek???  Saper tau...
Buat pengetahuan korang kalau korang berada di Negeri Johor ni, pergilah ke mana-mana restoran then order mi bandung, korang pasti takkan keciwa.. Nyum.. nyum..
  
 

Haa... tibalah masa yang ditunggu-tunggu.  dah nak sampai ke penghujung cerita pun..  Kali ni aku nak rekomen kat korang sebelum balik ke negeri atau tempat masing-masing tuh, korang jangan lupa menyinggah ke gerai MAJID MURTABAK SPECIAL NO 1.  Gerai ni terletak berhampiran dengan Jalan Kebun Teh on the way ke Larkin.  Menu special wajib beli kat sini adalah MURTABAK CHEESE..  

 

Harga dia agak mahal skit kira-kira RM13 satu set tapi memang berbaloi-baloi.  Dapat pulak makan panas-panas n masa korang nak tarik murtabak tuh cheese yg melted di dalam murtabak tuh meleleh dan panjang macam korang makan pizza.  Perghhh!!  Tapi kalau korang tak suka makan cheese, murtabak biasa pun ada dijual jugak.  Harga pun murah skit.. 

Well, aku rasa ini jelah yang dapat aku mampu kongsikan bersama-sama dengan korang buat masa nie..  Actually kalau ikutkan hati memang banyak lagik tempat-tempat makan yang nak aku kongsikan dengan korang tapi... nantilah.  Takut next time takde idea pulak nak goreng..hahaha.  Oklah aku dah ngantuk.. Nak beradu!! 
Adios amigos :-)

p/s:  Korang pernah makan nasi ambeng tak??? Best kan kalau dapat pekena nasi ambeng.. dapat pulak makan dalam dulang besar ramai-ramai..  Mak Jiha kawan aku memang pandai buat nasi ambeng.  Memang terbaik di dunia!!





17 comments:

Hanis Azla said...

Salam.. datang sini baca entry ttg makanan yg best di JB.. thanks yer atas perkongsian ini..

Anonymous said...

Terima kasih sebab share info2 berguna mcm nie, mmg bru smpai sini, gps pon xtau nk tunjuk kedai mkn yg best2, thanks!

Nur-nba said...

Salam singgah.. Nak kena singgah tempat2 makan ni.. Tq atas review..

Nur-nba said...

Salam singgah.. Nak kena singgah tempat2 makan ni.. Tq atas review..

Anonymous said...

Terima kasih...sesuai utk ibu2 ngandung. Meleleh!

sing fuzz said...

Memang terbaekkkk....

sing fuzz said...

Memang terbaekkkk....

Khairul Azmi Bajuri said...

Tq utk info, walau aq dok jb tp xbiase mrayap cari tpt mkn so xtau. Yg taunye chicken chop 5hengget je. Tq utk perkongsian anda.

:: S a L a M M e S R a :: said...

Khairul Azmi Bajuri: JB is the heaven place for food. Kalau pg jb sehari suntuk makan macam2 pun tetap tak habis n puas.

Mee Bandung Bp @ Skudai said...

Salam Tuan/Puan

Mee Bandung Kuah Kacang 'Odeon' Batu Pahat (Famous Sejak 1960an)

Kini di Taman Universiti, Skudai

Restoran Lubuk Selera @ Stall Mee Bandung
105 Jln Pulai 7
(Sebelah Pintu Gerbang (kanan) Nak Ke Giant UMall Taman Universiti dari Aeon)

Biasa RM5 makan/bungkus
Special RM6 makan/bungkus - Letak Sotong Kembang

Pilihan citarasa - Ori atau Pedas

Waktu operasi - Khamis hingga Selasa. 7.30mlm hingga 10.30mlm. Cuti Rabu

Sebarang pertanyaan Talipon/sms 012 7474039 (Elias)

P/s- Kalau nak datang dari luar Taman U, harap call/sms dulu coz takut saya cuti kecemasan atau mee bdg dah abis awal

siti mardhiah said...

Mkn me bandung muar kt kg.melayu majidee.kedai die bersebelahan dgn esso pam minyak.walawee,serious sedap gila.

az futurist said...

Home Made Lasagna and Spaghetti... Gerenti Sedap... Menggunakan bahan-bahan berkualiti dan halal hubungi 012-6190015

Anonymous said...

Baru nk turun jb 18hb ni insylah.kt mna bole cri laksa johor.maap sya org kedah tp minat giler lksa joho tq....carenachairil@yahoo.com

jeff said...

Dimana ada kedai durian mausanking di JB....tq

jeff said...

Dimana ada kedai durian mausanking di JB....tq

mamagogo said...

Musanking dekat pasar malam pandan

nuek said...

Assalamualaikum. Kalau nak sarapan pagi g warong manbt tebor kat kg melayu. Bersebelahan padang bola sepak kg melayu. Roti canai tampal double dan macam 2lagi ada. Dari pukul 6pagi hingga 10.30pagi setiap hari.

Follow by Email

Looking for something??

Loading...

Klik kat sini pun ok gak!!