Monday, January 21, 2013

Itinerari Lawatan

Salammesra..

Untuk entri kali nih aku nak citer sikit berkenaan dengan tajuk yang aku tepek kat atas tuh iaitu itinerari lawatan.  Korang tau tak apa maksud itinerari lawatan?  Pada yang dah biasa melancong atau mengikuti kursus-kursus dalam bidang pelancongan nih memang dah biasalah dengar dengan perkataan ini.  Tetapi bagi yang tak pernah dengar, itinerari lawatan ni bermaksud jadual lawatan.  Kalau dalam bahasa Inggerisnya itinerari lawatan ini bermaksud A detailed listing of all transportation, lodging, and activities on a trip ataupun jadual lawatan yang mengandungi informasi berkenaan pengangkutan, penginapan dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang lawatan.


Selalunya sebelum seseorang pelancong itu membeli pakej lawatan yang dikehendakinya, mereka akan diberikan sedikit penerangan berkenaan pakej tersebut berpandukan itinerari lawatan.  Kalu kita berkesempatan ke mana-mana travel fair, kita kadang-kadang akan konfius dengan pakej-pakej yang ditawarkan.  Kalau diperhatikan pakej yang ditawarkan adalah sama atau lebih kurang sama tetapi harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut agen pelancongan yang menawarkannya.  Contohnya Agen A menawarkan pakej 3 hari 2 malam ke Bandung dengan harga RM1200 manakala Agen B menawarkan pakej yang sama dengan harga RM1600.


Di sini, itinerari lawatan yang memainkan tanggungjawab untuk menjelaskan berkenaan perjalanan sebenar pakej tersebut.  Mungkin pakej yang ditawarkan oleh Agen A menaiki penerbangan Airasia atau tidak melawat ke tempat-tempat tarikan manakala pakej yang ditawarkan oleh Agen B merangkumi tiket penerbangan Malaysia Airline dan termasuk dengan lawatan ke tempat-tempat menarik.


Sebagai seorang tour leader yang baik, anda hendaklah sentiasa bersedia dan membuat sedikit ulangkaji berkenaan destinasi lawatan yang ingin anda kunjungi.  Korang perlu memahami dengan jelas tentang itinerari lawatan korang agar tidak berlaku kemusykilan atau kesilapan semasa korang menjalankan tugas.  Informasi penting terutamanya berkenaan syarikat penerbangan, nombor penerbangan dan destinasi lawatan perlu diambil kira kerana kebanyakan agensi pelancongan berlumba-lumba untuk memberikan atau menawarkan pakej perlancongan yang menarik dan berdaya saing tetapi value for money.  


Menggunakan penerbangan transit adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan lagi produk yang ditawarkan.  Sebagai contoh pakej yang ditawarkan oleh syarikat POTO Travel & Tours iaitu Pakej 12 hari 9 malam ke Amerika Barat menggunakan pesawat Singapore Airlines.  Dari situ seseorang tour leader perlu membuat rujukan berkenaan maklumat penerbangan yang digunakan sama ada penerbangan terus atau tidak, akan adakah pertukaran pesawat di sepanjang penerbangan, adakah melibatkan transit di mana-mana negara, tempoh transit dan sebagainya.


Bersama-sama ini aku sertakan contoh itinerari yang ditawarkan oleh syarikat POTO TRAVEL & TOURS yang aku ambil melalui laman web mereka.  Untuk pengetahuan korang aku selalu menjadikan pakej-pakej di syarikat ini disebabkan oleh pakej yang ditawarkan adalah sangat bagus dan berkualiti dan perkhidmatan yang disediakan adalah sangat memuaskan.  Kalau korang nak maklumat yang lebih lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan oleh mereka, sila klik DISINIAku berani jamin korang pasti akan berpuas hari dengan perkhidmatan yang ditawarkan.










































p/s:  Apa tunggu lagik??  Pergilah melancong.. Bestnya kalau poto bagi aku peluang bawak group pi sini..hiu ;-)






Tuesday, January 15, 2013

Tour Leader Checklist!!

Salam mesra...

Untuk entry kali nih aku nak share pasal kegunaan tour leader checklist di dalam pengurusan sesebuah lawatan sama ada ke dalam negara mahupun ke luar negara.  Checklist ini merupakan panduan kepada seseorang tour leader dalam menyediakan dokumen yang berkaitan dengan lawatan seperti senarai nama, passport, keperluan asas mahupun borang soal selidik. 

Selalunya sebelum lawatan dimulakan terdapat beberapa perkara asas yang perlu dilakukan oleh seseorang tour leader untuk memastikan perjalanan lawatan lancar dan mengikut jadual seperti yang dirancang.  Setiap tour leader hendaklah sentiasa bersedia dengan maklumat lawatan yang akan dilakukan.

Berpandukan checklist ini, semua tugasan yang perlu dilakukan oleh seseorang tour leader ada disenaraikan.  Setiap tour leader yang bertugas hanya perlu menanda di ruangan yang disediakan dan jika perlu membuat sedikit catatan berkenaan tugasan tersebut.  Checklist ini akan sentiasa digunakan di sepanjang lawatan bermula daripada urusan dokumentasi di pejabat, ketika berlepas sehinggalah pulang ke negara asal.

Berikut merupakan contoh borang checklist yang sering digunakan untuk setiap lawatan...




p/s:  Airasia ada buat promosi FREE TICKET mulai hari ini..  Silalah berbelanja ek ;-)

OFFER LETTER FOR TOUR LEADER


Salam mesra!!

Korang apa kabar? Rasa macam dah lama giler aku tak post apa-apa dalam belog ni ek..  Bukannya aku tak kemana-mana tapi aku rasa macam busy sesangat untuk mengepost apa-apa dalam belog nih.  Tambahan pula aku rasa macam malas n takde mood giler nak menulis.  Tak taulah lately nih aku macam malas sesangat untuk buat apa sahaja..  Minta-minta mulai tahun baru 2013 nih aku akan jadik lebih rajin dan bersemangat untuk bekerja dan berjaya lah.. Amin ;-)

Untuk entri kali nih aku bukannya nak share pasal trip aku backpacker pergi Myanmar atau Manila tahun lepas, tapi aku cuma nak tunjuk contoh surat lantikan Tour Leader kalau seseorang freelance tour leader macam aku nih dapat offer buat job bawak pelancong.  Offer letter nih selalunya akan dikeluarkan oleh syarikat atau agensi pelancongan yang berminat untuk melantik diri kita ini untuk mewakili syarikat tersebut untuk membawa pelancong mereka melancong sama ada ke luar negara mahupun ke lain-lain destinasi percutian di dalam negara.  

Tujuan mereka melantik freelance tour leader ini adalah untuk mengelakkan shortage of staff di syarikat mereka terutamanya apabila tiba musim kemuncak seperti cuti sekolah dan public holiday di mana mereka lebih memerlukan staf mereka untuk berada di dalam pejabat daripada berada di lapangan.  Ini kerana perkhidmatan mereka diperlukan untuk menguruskan urusan pentadbiran sebelum dan selepas lawatan.

Apabila seseorang tour leader itu mendapat surat tawaran pekerjaan, mereka diberi masa untuk menerima ataupun menolak tawaran tersebut.  Ketika proses ini, mereka akan berbincang berkenaan dengan bayaran perkhidmatan dan itinerari lawatan.  Seterusnya apabila dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, maka persetujuan secara rasmi pun termeterai.


Berikut merupakan contoh surat tawaran tour leader yang selalu diberikan oleh agensi pelancongan kepada freelance tour leader:




 



p/s: Rasa macam dah lama giler aku tak dapat offer letter nih?  Biler la diorg nak offer aku lagik ek...hiu




Follow by Email

Looking for something??

Loading...

Klik kat sini pun ok gak!!